Home » » Gambar tentera korea berhimpun pamerkan kekuatan sebenar

Gambar tentera korea berhimpun pamerkan kekuatan sebenar

 PYONGYANG: Angkatan tentera Korea Utara berhimpun di ibu kota negara itu hari ini, bagi mempamerkan kekuatan ketika ketegangan semakin memuncak berikutan program nuklear rejim komunis itu.


Ratusan trak dipenuhi anggota tentera berbaris sepanjang tebing Sungai Taedong menjelang perarakan di Pyongyang.

Majlis itu dikatakan bertujuan meraikan ulang tahun ke-105 kelahiran pengasas Korea Utara, Kim Il-Sung, iaitu datuk pemimpin negara itu, Kim Jong-Un.


Namun, ia juga bertujuan menghantar mesej kepada Amerika Syarikat (AS), Seoul, Tokyo dan beberapa negara lain mengenai kekuatan tentera negara berkenaan.

Pyongyang dikenakan beberapa sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung program atom dan peluru berpandu, selain bercita-cita membina roket yang boleh membawa peledak peluru ke AS – sesuatu yang tidak akan dibiarkan berlaku oleh Presiden Donald Trump.

Image result for kekuatan tentara korea utara

Korea Utara melakukan lima ujian nuklear, dua daripadanya tahun lalu dan beberapa pelancaran peluru berpandu, satu daripada ujian menyaksikan tiga roket menjunam ke dalam laut yang hampir dengan Jepun bulan lalu.
...

Image result for kekuatan tentara korea utara

Spekulasi ia akan mengadakan ujian keenam dalam beberapa hari lagi sempena ulang tahun mencapai kemuncak.

Laman web AS, 38North menggambarkan lokasi ujian Punggye-ri disediakan untuk tujuan itu dan pegawai Rumah Putih berkata tindakan ketenteraan sudah dinilai.- AFP

>

https://www.facebook.com/Dmanx316/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/234504820360297/?type=3&theater


Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah suara marhean

Previous
« Prev Post

Popular Posts